Thursday, June 2, 2016

Ula

Daerah ini mimpi
kedai kasut sunyi
azan yang tiba
sebelum waktunya.

Mereka adalah si kanak-kanak
juga dewasa yang senang.
Setiap hari adalah permainan

yang kabur dari politik
yang terpisah dari gelora
dunia timur tengah.

Mei 2016

Sunday, May 22, 2016

Tuesday, April 21, 2015

Wanita Pengkejut

selamat mengarang,
wanita pengkejut
dan janganlah nanti kau
beraneh-anehan lagi
demi mengejut kelakianku.

kegusaranku,
adalah sunyi yang dirampas
oleh sabda-sabda agama.
tuhan tak merampas cinta
tuhanlah sang pencinta
menyebar cinta kepada manusia.

jika, akulah
yang bakal kau karang
tentang cinta dan benci
tentang  rindu dan berahi
tulismu,
wanita pengkejut
adalah penyubur kelakianku.

Jun 2014

Monday, April 20, 2015

Sejarah Pencinta

apa aku peduli
kalau kau mengecualikan
aku dalam mimpi
kalaupun aku datang
dengan wajah yang paling hiba
dengan sejarah yang paling luka.

kerana engkau tetaplah jua mimpi
dan aku tetaplah aku
pecundang di kala sunyi.

April 2015