Tuesday, December 2, 2014

Demi Memahami Mu.

kubakar tubuhmu
hingga ia mencair
dan kuterjun
dan kurenang
dalam cairan jiwamu
hingga mencecah ke dasar
dan ditelan abadi.

Disember 2014

Monday, November 10, 2014

Monday, June 2, 2014

Saturday, May 17, 2014

SAJAK GURU PEMINGGIR

terima kasih guru
kerana merotan saya
meminggir saya
dan mendenda saya
meletakkan saya di kelas tercorot
membanding-banding pencapaian saya dengan murid kelas pertama
memalukan saya di hadapan pentas
mengutuk-ngutuk kebodohan saya
dan meramalkan masa depan saya yang bakal gelap.

terima kasih guru
demi untuk hari indah sebegini
kerana saya seorang yang menagih
yang terperosok kecil di lorong sunyi
yang sudah penat menunggu mati.

17 Mei 2014

Thursday, May 8, 2014

Monday, April 28, 2014

ULANG TAHUN

adalah waktu yang mencair
di suatu pagi
hanya tiba tiba
meransang diri matang.

sesaat,

sebelum membayangkan
detik-detik kedewasaan
yang meningkat sunyi.

Friday, March 7, 2014

TERUS BERJALAN

dalam keseharian yang panjang
betapa kami terlalu ingin melepas benci
demi untuk menenangkan yang pergi.

anak-anak kecil terlalu mengerti
saling dukung mendukung demi menyentuh bunga
saling berkejar-kejar demi memecah sunyi.

siang yang beranjak malam
lelaki yang terpujuk oleh bapa yang dibenci
ibu mesra yang menyembunyi dendam setahun
keluarga kecil yang saling resah meneka-neka ketidakpastian hidup.

hidup adalah sebuah perjalanan
dan kami akan terus berjalan
menyusuri tangga batu di bukit hijau
melewati kawasan kejiranan yang tenang
menyiram air di tanah perkuburan
menyapa pasir pantai, juga, berdamai dengan masa lalu.

dalam keseharian yang panjang
betapa kami terlalu ingin berdamai
biarlah tidak mengubah seluruhnya
biar tak terbawa ke hujung usia.

7 Mac 2014

Friday, February 28, 2014

KEHIDUPAN BARU

kita kan berpergian
dalam ruang yang sunyi
detik yang mati
menunggu dakap keluarga baru.

merakam senyuman yang palsu
sebelum terlupakan abadi.

burung mati.

teman pergi.

ayah lari.

28 Febuari 2014

Friday, February 21, 2014

REBUTAN

di sini bukunya mati

cinta jadi sulit

agama membikin darah

Tuhan direbut-rebut

seperti mainan patung.

Monday, February 10, 2014

KEBENARAN

ada lagi yang masih sunyi
sedang tubuh dibalut baju

sudah kupesan berulang:
lucutkan bajumu
demi kebenaran tunggal

bertelanjanglah.

akan kau temui aku.


Tuesday, January 28, 2014

KERANA ENGKAU

aku ubahkan diriku
menjadi garis-garis kasar
yang tersilau di dalamnya
warna-warna kenangan
simbahan liar jingga
bercampur cinta.

telah aku ubahkan diriku
menjadi kecamukan warna
yang sukar untuk dikenal lagi.

21 Januari 2014

SYITA' VI

waktu pun menyihir
membikin gerabak sunyi.


MANTAN III

ada yang disenyapkan
oleh malam.
keping-keping kenangan
bergelimpangan lesu
dibawah bantal pelamin.

Wednesday, January 15, 2014

AGAMA CINTA

tak ingin kuberpaling
menjejak kepalsuan semalam
dalam kisah panjangku
adalah cinta yang diagamakan
bukannya agama untuk cinta.

Januari 2014

Thursday, January 2, 2014

INSOMNIA

ada yang saling menjerut leher
demi membukti kecintaan.

hujan dan hujan
membangkit berahi aneh

demi mencapai seni.

28 Oktober 2013