Sunday, February 27, 2011
Wednesday, February 23, 2011
Lepas Hujan
Gaduh
Hidup bukan sekadar mencari.
Monday, February 21, 2011
Entri ke-99
Entah mengapa, ketika entri blog ini telah mencecah angka 99, tiba-tiba deria dalamku berkocak kuat; harus apakah yang akan ku isi untuk entri ke-100 nanti.
Jika punya kesempatan—memang sering punya kesempatan, cuma terkadang dikalah dan dimenangkan mood—aku sering mengintai-ngintai sejauh mana keberkesanan dan kejujuran puisi-puisiku sebelum ini, adakah ia sebenar-benar tumpahan dari tasik nurani, atau lebihnya, terkalah dengan ‘tipu bahasa’ barangkali, atau cereka yang terilham dari kilatan-kilatan peristiwa sekeliling, atau barangkali juga, sememangnya keghairahan dan keseronokanku untuk terus melukis puisi sebagai suatu pengalaman hidup yang aneh dan penuh rahsia.
Jujurnya, pernah ada satu susuk yang mempertikaikan kewajaranku ‘hanyut’ dengan mainan kata-kata ini; katanya (jika tak salah) aku cuma lebih terleka dan terghairah dengan ‘tulisan-tulisan jiwa yang kaku dari mesra-mesra manusia’. Tambahnya lagi, —(kewajaran apakah aku menambahnya?)—aku lebih selesa membina dinding-dinding bercorakkan ‘puisi-puisi mesra yang engkau lakar pada waktu ‘sepimu’’. Iya. Pada waktu ‘sepi’.
Sudah tentu, lama aku diamkan perkara ini. Bukanlah lebih kerana aku terkalahkan dan terhenyak oleh sinisan-sinisan sedemikian. Ya, barangkali, benarnya ada. Cuma aku lebih memilih untuk terus mengunyah dan menelan iktibar dengan apa yang sedang atau bakal aku lalui kemudian. Baik benar, atau salah tanggap, ia tidak akan menyelesaikan kekacauan; yang sedemikian itulah yang ku rasai.
Pernah, memang pernah aku melalui suatu fasa dimana bukanlah kujujuran dan kelansungan hidup menjadi pemacu dan garis panduan untuk berpuisi. Secara bawah sedar, barangkali, puisi seakan-akan atau adalah suatu ‘kehidupan’ untuk aku melepas diri dari kelemahan diri; tepatnya mengenali diri. Yang aku khayalkan adalah sesuatu yang lebih kabur; jauh dari sikap dan perwatakan sendiri; yang jika aku rujukinya kini, aku akan lebih tertanya-tanya: apa sebenarnya yang aku tuliskan ini.
Tetapi, (boleh jadi penekanan di sini) secara sedarnya, aku tidak akan cuba untuk merendah-rendahkan sesuatu hasil—jika boleh dianggap hasil—yang pernah aku usahakan lama dulu. Asasnya senang; mana mungkin aku dapat terus meningkat—sekiranya boleh dianggap meningkat— jika aku tidak pernah ‘bermula’? Mana mungkin aku sedar fasa-fasa apa yang sedang aku susuri jika tanpa didahului fasa awal yang lebih termungkinkan dengan sikap untuk menunjuk kepada orang? (Ya. Aku akui, sikap ini agak menebal pada awalnya).
Pramoedya Ananta Toer pernah menjelaskan, ketika ditanya, hasil karyanya apakah yang dirasakan terbaik untuk dirinya, dengan pernyataan yang sangat mengesankan: ‘Saya kira tidak timbul dari hasil karya-karya saya, yang mana lebihnya, atau yang mana kurangnya. Bagi saya, semuanya sama. Dan tiap karya-karya saya itu adalah wakil dari sesuatu keadaan atau semangat pada waktu saya menulis itu’.
Jujur. Dan, untuk aku, aku tidak pernah mendengar kenyataan yang semagis ini.
Dari tahap ke tahap, aku terus menyusuri ‘jalan’ aneh ini. Perjalanan,apapun, tidak akan mudah untuk dilalui. Secara berdikit; bersukat, lebuh emosi dan sensitiviti kian mengukir. Tidaklah aku katakan tasik nurani ini, dengan terlalu cepat dan segera, dapat mengumpul dan melimpahkan segala manis pahitnya. Perjalanan sentiasa berbentuk. Bercabang. Terkadang, melihat helai-helai daun berguguran saja sudah cukup menggelorakan naluri. Dalam beberapa tahap yang lain, lihatlah senja yang merah pun, tetap saja takkan bermakna dek terkalah oleh ‘mood’ yang kering.
Dan, secara simpulnya barangkali, aku tidak ingin menjadi penyair, meski kecenderungan aku terhadap wilayah puisi amat tinggi. Aku lebih selesa menjadi pembaca dan penikmat puisi. Aku sendiri tidak mempedulikan, jika berbakat atau tidak, perlu menghantar karya atau tidak—ribuan terima kasih buat mereka-mereka yang sering mencadangkan, dan, aku tak pernah mengurangi rasa hormat terhadap mereka—cuma, aku sering cuba menyedarkan diri, tulislah sesebuah puisi itu dengan lebih melihat dan mewakili suasana diri, kawan-kawan, teman, pengaruh sekitar dan daerah-daerah yang pernah aku jejaki.
Ya. Aku akui, ia amat sukar, dan akan terus sukar. Namun, untuk standard yang kiranya sederhana untuk dicatatkan, aku kira, ianya cukup jika dapat mewakili suatu semangat atau kesejarahan suasana sekitar waktunya itu. Seperti-nya Ananta Toer.
(Tulisan pertama selepas 5 bulan berehat)

Friday, February 18, 2011
Saturday, February 5, 2011
Wednesday, February 2, 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)