terima kasih guru
kerana merotan saya
meminggir saya
dan mendenda saya
meletakkan saya di kelas tercorot
membanding-banding pencapaian saya dengan murid kelas pertama
memalukan saya di hadapan pentas
mengutuk-ngutuk kebodohan saya
dan meramalkan masa depan saya yang bakal gelap.
terima kasih guru
demi untuk hari indah sebegini
kerana saya seorang yang menagih
yang terperosok kecil di lorong sunyi
yang sudah penat menunggu mati.
17 Mei 2014