Thursday, January 19, 2012

Elektrik Hedonis

pada ruang yang mesra
kita girang ketawa
rentak-rentak keriangan.

bekalan putus.
ruang pun membeku.
serasa.kita kekosongan.

19 Januari 2012

Syita'

mereka datang.
angkasa sejuk.


sendu menitik-nitik.
bunuhi jiwa.


akukah kalian cari?
mati. sembunyi.


mereka datang.
—pendiam.

21 Disember 2011

Okuribito

kusediakan kafan
batu nisan.

kumandikan.
kusembahyangkan.

ku talkinkan.
ku kambuskan.

kini aku kegelapan.
menanti malaikat.

6 Disember 2011

Dialog kepada Bulan

padanya diam.
padaku sayang.

padanya bisu.
padaku rindu.

padanya sunyi.
padaku seni.

'duhai,
pemaknaan tidak
mengertikan pengucapan!'

1 Disember 2011

Puisi Kuburan

malam lusuh
langit keruh
benci kukuh
aku bunuh.

di kuburan kenang.
di kuburan kenang.

23 Oktober 2011

Merah dan Hitam

tenggelam
sejuk
ke kolam
darah.

sayap patah.
hati patah.
cinta patah.

23 Oktober 2011

Akhir 2

aku datang kini.
telanjang.

melepas
kepekatan
dosa.

aku gerah
ingin selari-lari
langkahi neraka.

7 Oktober 2011

Sebelum Terlena 3

malam tak pernah meraung
dan cinta tak pernah hilang.

Kekasih bersua di sepertiga
berdua, melepas lepas rindu.

antara tangis dan esak


27 Julai 2011

Julai

"biar aku menangis
kerana julai
tiada lagi."

sepi bagai bulan
mengalirkan cahaya
ke lorong kecil.

setiap bebayang
menumbuhkan garis
-garis kesuraman.

di lorong kecil
ia menangis.

Isle 2

(i)
syahdu mengalir
dari tasik.
Terhimpun
dua tiga kata
menjadi jerit
yang rahsia.

hutan meliar
di tebing.
Menyembunyi
cinta-cinta
sunyi.

(ii)
Keindahan
adalah ufuk senja
bersama helang
yang tergesa-gesa
melanggar tasik
hening.

(iii)
terkacau
membeku.

Isle

di tasik ini
cinta tumbuh.
dalam dan ngeri.

Kekasih berdarah
dalam cumbu
yang indah.

hingga berakhir
segala kerinduan.
tersadai

bersama
carik-carik puisi.

25 Julai 2011

Hwal

rindu sangat penat
cinta sangat sulit.

memekik
menjerit
di kamar kuning
atas kapal retak.

salam rindu
salam cinta
dari gadis kecil
ke orang tua.

29 Julai 2011