Longkang itu hanyir
melekit, membawa
air hitam
pekat dan berbuih.
Berkarah
Hapak
Lumut
Berselaput.
Di suatu pagi
Longkang yang
Hanyir
Hitam
Hapak
Berselaput
Longkang Itulah
Yang memesrakan
Insan berjiran.
10 Oktober 2010
Saturday, August 6, 2011
Jejantas
Lirih dan lara
Piano dan suara
Bergetar. Berselang.
Insan penuh kurang.
Jejantas itu
ada insan
yang menghiburi.
(atau, yang ingin dihiburi)
Warna Kota
3 November 2010
Piano dan suara
Bergetar. Berselang.
Insan penuh kurang.
Jejantas itu
ada insan
yang menghiburi.
(atau, yang ingin dihiburi)
Warna Kota
3 November 2010
Wednesday, August 3, 2011
Kebun Ramadhan

Kebun Ramadhan
Dalam duka yang dalam
terlimpah sendu
tertumpah syahdu
khusyuk nan mengalir
di kebun-kebun ramadhan.
Ku petik segala iktibar
nyata sangat manis
pada lapar dan dahaganya.
Ku ranumi butir zikir
dalam malam yang sepi
merangkul al-Kitab ke sisi.
Ku semai katakata puji
tertinggi, tersendiri
mencicip manis di kebun ini.
Dalam taubat yang dalam
terlimpah rindu
tertumpah sayu
damai, ia mengalir
di kebun-kebun ramadhan.
14 Ogos 2010
Monday, August 1, 2011
Kata Dalam Parit
Masih tak jumpa
sisa-sisa kata
sedang lama
ia berselaput
dalam parit qalbu.
Hanya hanyir, hitam melekit
Buih memekat.
Payah ditemunya
dasar qalbu.
Dikoreknya lagi
Dan, sampailah
mungkin ke dasar.
Dia tersenyum
sudah ditemunya;
Kejujuran.
10 Okotber 2010
sisa-sisa kata
sedang lama
ia berselaput
dalam parit qalbu.
Hanya hanyir, hitam melekit
Buih memekat.
Payah ditemunya
dasar qalbu.
Dikoreknya lagi
Dan, sampailah
mungkin ke dasar.
Dia tersenyum
sudah ditemunya;
Kejujuran.
10 Okotber 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)