Monday, May 30, 2011

Daerah Pasir

Di atas daerah pasir
kita menanam mimpi

kasar.

Bermain-main
tak ingin tua
atau singa yang
sentiasa sendawa.

Tanah debu pun
akan ku nikmati
seperti bidadari
dari.


8 Mei 2011

Sunday, May 29, 2011

Wednesday, May 25, 2011

Setahun 5

wujud dalam mimpi
menebarkan senyum
yang paling tabah.

biarlah dalam kebisuan
terkumpul sejuta makna
kemesraan.

masih terus mentafsir
suara-suara serak
yang sekian lama
tidak bersuara.

21 Mei 2011

Tuesday, May 24, 2011

Sungai Jingga

hari-hari terakhir
di sungai jingga
perahu berlubang
tersadai sepi.

wujudkan warna terindah
terlalu syahdu
dari hati yang seni.

tak ingin geletar
dan ghairah
biar hanyut
dengan sunyi.

23 Mei 2011

Saturday, May 21, 2011

Catatan

tidak ada catatan kali ini.
hidup terus mendatar, tanpa seni.

buku-buku puisi berhabuk
lampu meja tak lagi berjasa
atau, telah malap.

21 Mei 2011

Setahun

bibirmu berdarah
hingga tak bisa ucap:
'maaf'

Simpan saja
biar ia jadi misteri

yang menumbuhkan mimpi.

21 Mei 2011

Thursday, May 19, 2011

dalam diriku

"..dan kerana hidup itu indah,
aku menangis sepuas-puasnya "





-Sapardi Djoko Damono

Tuesday, May 17, 2011

Tak Mampu

tak usah dikarang
jika jiwa tak lagi bergetar
atau syahdu yang dalam.

biarkan sampan hanyut
mencari pulau yang sepi.

tiba musim berdarah;
sungai lesu
pergunungan sunyi
pondok usang
dan buku puisi.

17 MEI 2011

_____________________________________________
*sulit untuk dikata; kira-kiranya aku menjadi terlalu lesu untuk membaca dan menulis. suatu kesengsaraan baru.

Thursday, May 5, 2011

Tuesday, May 3, 2011

Di Awal September

Ku kirimkan kau seutas jam, 'Tentang Cinta', dan kabus.
Moga kabus yang tak memudar.
Atau lengang.

5 April 2011

Melankolis

Bulan sugul
melankolis seekor lelaki
meraung
raung
Payah.

Mencakar-cakar tanah
kering dan kontang.
Jiwa kontang impian.

Sungai pemimpi hidup
hitam dan kusam.
Air berlendir
lendir lesu.

Dinding hati kehitaman
merekah-rekah
pekat dan kering.
Tak ingin lagi
wujud di bumi.

Bulan terlalu sugul
Kayangan malam kosong
Melankolis
Seekor
Lelaki.

15 Mac 2011