Thursday, June 30, 2011

Bunda

telah terbunuh
di bilik putih

oleh pisau
yang merindu

peluh kasih
bunda.

29 Jun 2011
manis
manis
bahasa
tulis

silap
silap
jadi
kudis

Sunday, June 26, 2011

Ayah

masih
berpesan
dengan
membisu.

hingga
cecah
air mata
ke hati.

17 Jun 2011

Saturday, June 25, 2011

Thursday, June 23, 2011

Setahun 7

tak lagi terasa
kerana ia hanyalah
sebuah sampan
di tengah tasik.

23 Jun 2011

Friday, June 17, 2011

Senyumlah

senyumlah teman
kerana kau sangat menawan.
keindahan yang hanya berbisik
dari sinar mata.

kerana kita sama-sama
di bangku kenangan itu
dan saling mengerti
pada bicara yang sunyi.

tiba pagi indah
akan kuharap
hidup tak lagi mimpi.

9 Jun 2011

Pelacur Kecil

menitik daun
kuning
mengalir
di tasik
dosa.

tanpa
gema.

17 Jun 2011

Sunday, June 12, 2011

Dendam

sepasang mata dendam
indah dah gelap
membara di antara
ruang yang terbakar.

emak diperkosa
ayah dibunuh
abang ditembak.

...

saat politik kecamuk
datang sang buncit
kini di atas katil

menanti
pisau berdarah.

9 Jun 2011

Monday, June 6, 2011

Perangkap

berjuta tanda
kian menjadi rahsia
keanehan yang purba.

di dalam dunia putih
pejalan sunyi
pemuja sepi

terperangkap
dengan
kenangan.

6 Jun 2011

Thursday, June 2, 2011

Loux

malam itu perlahan
sebuah radio usang
berdengung tanpa makna
bisik-bisik yang tenggelam
antara teriak yang aneh

mencari
...

seputar dua lagu
yang lesu dan nostalgia
di antara ruang yang senyap
dan bermimpi.

barangkali,
terlalu ramai yang meraung
mencari hikmah tuhan.

2 Jun 2011

Wednesday, June 1, 2011

Setahun 3

di bangku itu
hanyalah kenangan
yang menyepi
dalam serba keindahan.

berbisik namaku
dan, berlalu pergi

tanpa ucapan.

21 Mei 2011