dan malam terus malam.
dan...
Sunday, December 30, 2012
Sunday, December 23, 2012
SRI DAMAI
Berpetang-petang di belukar
yang indah di hujung jalan.
: lagu indies
: petang yang redup
: bulan di angkasa
catatan:
27 Oktober 2012
Friday, December 21, 2012
SYITA' IV
SYITA' 4
jika sembunyi
sembunyinya dalam.
balik jiwa balik rasa balik kata.
jika puisi
puisinya kelam.
lepas duka lepas pura lepas nyawa.
21 DISEMBER 2012
Sunday, December 9, 2012
SYITA' III
telah hilang ilham.
aku kepinginnya.
betapa.
disember yang dingin
jasad ku kering.
8 DISEMBER 2012
Saturday, November 17, 2012
MATI
MATI
telah tumbuh keasingan.
roh yang menggeletar
menunggu suara-suara damai.
menunggu perutusan dari tuhan.
9 OKTOBER 2012
telah tumbuh keasingan.
roh yang menggeletar
menunggu suara-suara damai.
menunggu perutusan dari tuhan.
9 OKTOBER 2012
PUISI KAYANGAN
belayar di atas bulan;
ku temu retak demi retak
pari-pari berdarah di wajah.
buat pelayaranku tertahan di sini.
ku temu retak demi retak
pari-pari berdarah di wajah.
buat pelayaranku tertahan di sini.
Thursday, November 1, 2012
CAHAYA DI MUKA BULAN
Cahaya di Muka Bulan
ketika ia fantasi.
kami tidak.
cekal belayar
di atas muka bulan.
dentum dentum cahaya
merebak dan menyebar.
bikin kami kesyahduan.
30 Okotber 2012
ketika ia fantasi.
kami tidak.
cekal belayar
di atas muka bulan.
dentum dentum cahaya
merebak dan menyebar.
bikin kami kesyahduan.
30 Okotber 2012
Monday, October 22, 2012
BERTANG 2
tak ada ketawa yang pecah
kerana ia kanak-kanak yang tak mengerti
petang meningkat sunyi
bertambah ngilu sendunya
di tangga kayu.
9 Julai 2012
Wednesday, October 10, 2012
Wednesday, October 3, 2012
Monday, October 1, 2012
PELACUR KECIL 2
PELACUR KECIL 2
pisau belum mengering.
begitu juga dendam abah.
"maafkan..."
pisau terlepas ke waktu senja.
12 Julai 2012
pisau belum mengering.
begitu juga dendam abah.
"maafkan..."
pisau terlepas ke waktu senja.
12 Julai 2012
Friday, September 14, 2012
Wednesday, July 11, 2012
RELONG
RELONG
atap berlubang
berasak-asak cahaya sunyi
mengasing si kanak-kanak.
pintu tak berkunci
kusyen berterabur
tandas separuh terdedah
siapa kisah?
hanyalah si kanak-kanak
(dan kenangannya)
11 Julai 2012
atap berlubang
berasak-asak cahaya sunyi
mengasing si kanak-kanak.
pintu tak berkunci
kusyen berterabur
tandas separuh terdedah
siapa kisah?
hanyalah si kanak-kanak
(dan kenangannya)
11 Julai 2012
PENUNGGU SEPARUH NYAWA
lepas nyawa dan nyawa
tinggal aku; gigil menunggu mati.
maaf kawan-kawan
jika aku tak intelek.
11 Julai 2012
tinggal aku; gigil menunggu mati.
maaf kawan-kawan
jika aku tak intelek.
11 Julai 2012
Sunday, July 8, 2012
BERTANG
siapa peduli kalau ini negeri
aku tak pernah sunyi
dan kampung mati
air mata menitik ke tangga kayu
aku masih kecil
demi menyerap keasingan
senja mencengkam
menenggelamkan sepi kanak-kanak
6 Julai 2012
aku tak pernah sunyi
dan kampung mati
air mata menitik ke tangga kayu
aku masih kecil
demi menyerap keasingan
senja mencengkam
menenggelamkan sepi kanak-kanak
6 Julai 2012
Thursday, July 5, 2012
INGIN JADI KANAK-KANAK
mereka bertanya: siapa yang terasing
di penjuru sepi menekan-nekan
dia menjauh; tak lagi dewasa.
12 Jun 2012
di penjuru sepi menekan-nekan
dia menjauh; tak lagi dewasa.
12 Jun 2012
Wednesday, July 4, 2012
Monday, July 2, 2012
Saturday, June 30, 2012
KAYANGAN
air menitik
di alam mimpi
dan kau gelora.
pada kamar
kita berdosa
tanpa neraka.
28 Jun 2012
Tuesday, June 26, 2012
LELAKI LAMA
di luar jendela
burung-burung bising
lukai lelaki lama
terbaring lesu
di lantai dosa.
kebulur
cahaya.
21 Mei 2012
KEDEWASAAN
telah retak cermin oleh wajah mereka; tiada yang
bertanya kepunyaan siapa. kesenyapan melenyap
di kamar kuning...
pagi ini tiada siapa lagi yang ingin dewasa.
5 Jun 2012
Saturday, February 11, 2012
Syita' 2
selesai keramaian, kamar pun menyepi.
engkau pendiam di antaranya;
rindu memanjat satu-satu
rindu memanjat ke kota kalbu.
di luar bulan terlalu luka
hanya sempat melepaskan cahaya ke mata.
9 Februari 2012
engkau pendiam di antaranya;
rindu memanjat satu-satu
rindu memanjat ke kota kalbu.
di luar bulan terlalu luka
hanya sempat melepaskan cahaya ke mata.
9 Februari 2012
Thursday, January 19, 2012
Elektrik Hedonis
pada ruang yang mesra
kita girang ketawa
rentak-rentak keriangan.
bekalan putus.
ruang pun membeku.
serasa.kita kekosongan.
19 Januari 2012
kita girang ketawa
rentak-rentak keriangan.
bekalan putus.
ruang pun membeku.
serasa.kita kekosongan.
19 Januari 2012
Syita'
mereka datang.
angkasa sejuk.
sendu menitik-nitik.
bunuhi jiwa.
akukah kalian cari?
mati. sembunyi.
mereka datang.
—pendiam.
21 Disember 2011
angkasa sejuk.
sendu menitik-nitik.
bunuhi jiwa.
akukah kalian cari?
mati. sembunyi.
mereka datang.
—pendiam.
21 Disember 2011
Okuribito
kusediakan kafan
batu nisan.
kumandikan.
kusembahyangkan.
ku talkinkan.
ku kambuskan.
kini aku kegelapan.
menanti malaikat.
6 Disember 2011
batu nisan.
kumandikan.
kusembahyangkan.
ku talkinkan.
ku kambuskan.
kini aku kegelapan.
menanti malaikat.
6 Disember 2011
Dialog kepada Bulan
padanya diam.
padaku sayang.
padanya bisu.
padaku rindu.
padanya sunyi.
padaku seni.
'duhai,
pemaknaan tidak
mengertikan pengucapan!'
1 Disember 2011
padaku sayang.
padanya bisu.
padaku rindu.
padanya sunyi.
padaku seni.
'duhai,
pemaknaan tidak
mengertikan pengucapan!'
1 Disember 2011
Puisi Kuburan
malam lusuh
langit keruh
benci kukuh
aku bunuh.
di kuburan kenang.
di kuburan kenang.
23 Oktober 2011
langit keruh
benci kukuh
aku bunuh.
di kuburan kenang.
di kuburan kenang.
23 Oktober 2011
Akhir 2
aku datang kini.
telanjang.
melepas
kepekatan
dosa.
aku gerah
ingin selari-lari
langkahi neraka.
7 Oktober 2011
telanjang.
melepas
kepekatan
dosa.
aku gerah
ingin selari-lari
langkahi neraka.
7 Oktober 2011
Sebelum Terlena 3
malam tak pernah meraung
dan cinta tak pernah hilang.
Kekasih bersua di sepertiga
berdua, melepas lepas rindu.
antara tangis dan esak
27 Julai 2011
dan cinta tak pernah hilang.
Kekasih bersua di sepertiga
berdua, melepas lepas rindu.
antara tangis dan esak
27 Julai 2011
Julai
"biar aku menangis
kerana julai
tiada lagi."
sepi bagai bulan
mengalirkan cahaya
ke lorong kecil.
setiap bebayang
menumbuhkan garis
-garis kesuraman.
di lorong kecil
ia menangis.
kerana julai
tiada lagi."
sepi bagai bulan
mengalirkan cahaya
ke lorong kecil.
setiap bebayang
menumbuhkan garis
-garis kesuraman.
di lorong kecil
ia menangis.
Isle 2
(i)
syahdu mengalir
dari tasik.
Terhimpun
dua tiga kata
menjadi jerit
yang rahsia.
hutan meliar
di tebing.
Menyembunyi
cinta-cinta
sunyi.
(ii)
Keindahan
adalah ufuk senja
bersama helang
yang tergesa-gesa
melanggar tasik
hening.
(iii)
terkacau
membeku.
syahdu mengalir
dari tasik.
Terhimpun
dua tiga kata
menjadi jerit
yang rahsia.
hutan meliar
di tebing.
Menyembunyi
cinta-cinta
sunyi.
(ii)
Keindahan
adalah ufuk senja
bersama helang
yang tergesa-gesa
melanggar tasik
hening.
(iii)
terkacau
membeku.
Isle
di tasik ini
cinta tumbuh.
dalam dan ngeri.
Kekasih berdarah
dalam cumbu
yang indah.
hingga berakhir
segala kerinduan.
tersadai
bersama
carik-carik puisi.
25 Julai 2011
cinta tumbuh.
dalam dan ngeri.
Kekasih berdarah
dalam cumbu
yang indah.
hingga berakhir
segala kerinduan.
tersadai
bersama
carik-carik puisi.
25 Julai 2011
Hwal
rindu sangat penat
cinta sangat sulit.
memekik
menjerit
di kamar kuning
atas kapal retak.
salam rindu
salam cinta
dari gadis kecil
ke orang tua.
29 Julai 2011
cinta sangat sulit.
memekik
menjerit
di kamar kuning
atas kapal retak.
salam rindu
salam cinta
dari gadis kecil
ke orang tua.
29 Julai 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)

























