ini bumi kental.
takkan ku terjah
guna kesyahduan buta.
aku henti lari.
merangkak lagi.
biar,biar susah
kerana puisi indah.
ini bumi kental
ku kan terus cekal!
1 Disember 2011
Thursday, December 1, 2011
Tuesday, November 8, 2011
Monday, October 31, 2011
.
"REVOLUSI tak pernah lahir dari orang yang banyak ketawa; samada revolusi diri, masyarakat, bangsa, dan agama."
Saturday, October 22, 2011
Bunda 2
Sunday, October 9, 2011
Thursday, September 29, 2011
Monday, September 19, 2011
Monday, September 12, 2011
"Sejarah bukan hakim muktamad, kerana manusia yang mencatat sejarah tidak bebas daripada prasangka dan prejudis dirinya. Sejarah hanya merakamkan kesudahan yang terpampang di depan mata, jarang sekali mengupas secara mendalam kebenaran yang rumit, berlapik-lapik, malah berliku-liku, apatah lagi apabila sejarah ditulis oleh mereka yang menang dan berkuasa."
dipetik dari: http://merdekareview.com/
(tak tau sapa tulis)
(tak tau sapa tulis)
Friday, September 9, 2011
Emosi Letup
aku ingin
meledak.
ini perasaan
yang sulit.
bukan puisi.
bukan.
ada sesuatu
yang lain
untuk jalanku.
9 september 2011
meledak.
ini perasaan
yang sulit.
bukan puisi.
bukan.
ada sesuatu
yang lain
untuk jalanku.
9 september 2011
Tuesday, September 6, 2011
Saturday, August 6, 2011
Longkang
Longkang itu hanyir
melekit, membawa
air hitam
pekat dan berbuih.
Berkarah
Hapak
Lumut
Berselaput.
Di suatu pagi
Longkang yang
Hanyir
Hitam
Hapak
Berselaput
Longkang Itulah
Yang memesrakan
Insan berjiran.
10 Oktober 2010
melekit, membawa
air hitam
pekat dan berbuih.
Berkarah
Hapak
Lumut
Berselaput.
Di suatu pagi
Longkang yang
Hanyir
Hitam
Hapak
Berselaput
Longkang Itulah
Yang memesrakan
Insan berjiran.
10 Oktober 2010
Jejantas
Lirih dan lara
Piano dan suara
Bergetar. Berselang.
Insan penuh kurang.
Jejantas itu
ada insan
yang menghiburi.
(atau, yang ingin dihiburi)
Warna Kota
3 November 2010
Piano dan suara
Bergetar. Berselang.
Insan penuh kurang.
Jejantas itu
ada insan
yang menghiburi.
(atau, yang ingin dihiburi)
Warna Kota
3 November 2010
Wednesday, August 3, 2011
Kebun Ramadhan

Kebun Ramadhan
Dalam duka yang dalam
terlimpah sendu
tertumpah syahdu
khusyuk nan mengalir
di kebun-kebun ramadhan.
Ku petik segala iktibar
nyata sangat manis
pada lapar dan dahaganya.
Ku ranumi butir zikir
dalam malam yang sepi
merangkul al-Kitab ke sisi.
Ku semai katakata puji
tertinggi, tersendiri
mencicip manis di kebun ini.
Dalam taubat yang dalam
terlimpah rindu
tertumpah sayu
damai, ia mengalir
di kebun-kebun ramadhan.
14 Ogos 2010
Monday, August 1, 2011
Kata Dalam Parit
Masih tak jumpa
sisa-sisa kata
sedang lama
ia berselaput
dalam parit qalbu.
Hanya hanyir, hitam melekit
Buih memekat.
Payah ditemunya
dasar qalbu.
Dikoreknya lagi
Dan, sampailah
mungkin ke dasar.
Dia tersenyum
sudah ditemunya;
Kejujuran.
10 Okotber 2010
sisa-sisa kata
sedang lama
ia berselaput
dalam parit qalbu.
Hanya hanyir, hitam melekit
Buih memekat.
Payah ditemunya
dasar qalbu.
Dikoreknya lagi
Dan, sampailah
mungkin ke dasar.
Dia tersenyum
sudah ditemunya;
Kejujuran.
10 Okotber 2010
Sunday, July 31, 2011
Friday, July 29, 2011
Wednesday, July 27, 2011
Sebelum Terlena 2
aku ini
dosa pekat.
dosa yang
membeku
cahaya.
tuhan
aku lelah
parah.
rindu
wangi
kasihMu.
26 Julai 2011
dosa pekat.
dosa yang
membeku
cahaya.
tuhan
aku lelah
parah.
rindu
wangi
kasihMu.
26 Julai 2011
Tuesday, July 26, 2011
Di Baris Puisi
di baris puisi
aku bercinta.
sungai jingga
dunia putih
kucing luka
mimpi aneh.
18 Julai 2011
aku bercinta.
sungai jingga
dunia putih
kucing luka
mimpi aneh.
18 Julai 2011
Albert Einstein
"...dan akhirnya, Einstein yakin bahawa benda paling indah yang boleh dihayati manusia ialah sesuatu yang penuh rahsia yang misteri"
Antara Bulan dan Wira,
A Samad Said.
Antara Bulan dan Wira,
A Samad Said.
Monday, July 25, 2011
Perhentian
perhentian ini
kian sunyi.
tak ada jiwa
yang mengharap.
puisi-puisi malap
terlukis di jalan kecil.
menuju
perjalanan
sia-sia.
25 Julai 2011
kian sunyi.
tak ada jiwa
yang mengharap.
puisi-puisi malap
terlukis di jalan kecil.
menuju
perjalanan
sia-sia.
25 Julai 2011
Sunday, July 24, 2011
Saturday, July 23, 2011
Tuesday, July 19, 2011
Abu dan Salju
Monday, July 18, 2011
Kayangan Putih
takkan lelah
memburu mimpi
di kayangan putih.
sungai susu
gunung salji
angkasa sunyi
hidup tak mati.
18 Julai 2011
memburu mimpi
di kayangan putih.
sungai susu
gunung salji
angkasa sunyi
hidup tak mati.
18 Julai 2011
Friday, July 15, 2011
Rindu
di ruang yang lengang
kau cuba meraung
tapi terlalu diam.
alangkah,
jika kau tahu
ianya keindahan.
15 Julai 2011
kau cuba meraung
tapi terlalu diam.
alangkah,
jika kau tahu
ianya keindahan.
15 Julai 2011
Wednesday, July 13, 2011
Kuning
berjalan bersama
pejuang yang luka
buat kau lelah
merasai kisah anehnya.
ia senyum
tapi menghiris.
ia raung
tapi manis.
13 Julai 2011
pejuang yang luka
buat kau lelah
merasai kisah anehnya.
ia senyum
tapi menghiris.
ia raung
tapi manis.
13 Julai 2011
Tuesday, July 12, 2011
Sunday, July 10, 2011
Tuesday, July 5, 2011
Petang
angin kencang
di beranda
hingga terlucut
sebuah buku
dari tingkat lima
ke atas tar.
tak bernyawa
biar masih tinggal
sehari.
dua.
5 Julai 2011
di beranda
hingga terlucut
sebuah buku
dari tingkat lima
ke atas tar.
tak bernyawa
biar masih tinggal
sehari.
dua.
5 Julai 2011
Thursday, June 30, 2011
Sunday, June 26, 2011
Saturday, June 25, 2011
Thursday, June 23, 2011
Friday, June 17, 2011
Senyumlah
senyumlah teman
kerana kau sangat menawan.
keindahan yang hanya berbisik
dari sinar mata.
kerana kita sama-sama
di bangku kenangan itu
dan saling mengerti
pada bicara yang sunyi.
tiba pagi indah
akan kuharap
hidup tak lagi mimpi.
9 Jun 2011
kerana kau sangat menawan.
keindahan yang hanya berbisik
dari sinar mata.
kerana kita sama-sama
di bangku kenangan itu
dan saling mengerti
pada bicara yang sunyi.
tiba pagi indah
akan kuharap
hidup tak lagi mimpi.
9 Jun 2011
Sunday, June 12, 2011
Dendam
sepasang mata dendam
indah dah gelap
membara di antara
ruang yang terbakar.
emak diperkosa
ayah dibunuh
abang ditembak.
...
saat politik kecamuk
datang sang buncit
kini di atas katil
menanti
pisau berdarah.
9 Jun 2011
indah dah gelap
membara di antara
ruang yang terbakar.
emak diperkosa
ayah dibunuh
abang ditembak.
...
saat politik kecamuk
datang sang buncit
kini di atas katil
menanti
pisau berdarah.
9 Jun 2011
Monday, June 6, 2011
Perangkap
berjuta tanda
kian menjadi rahsia
keanehan yang purba.
di dalam dunia putih
pejalan sunyi
pemuja sepi
terperangkap
dengan
kenangan.
6 Jun 2011
kian menjadi rahsia
keanehan yang purba.
di dalam dunia putih
pejalan sunyi
pemuja sepi
terperangkap
dengan
kenangan.
6 Jun 2011
Thursday, June 2, 2011
Loux
malam itu perlahan
sebuah radio usang
berdengung tanpa makna
bisik-bisik yang tenggelam
antara teriak yang aneh
mencari
...
seputar dua lagu
yang lesu dan nostalgia
di antara ruang yang senyap
dan bermimpi.
barangkali,
terlalu ramai yang meraung
mencari hikmah tuhan.
2 Jun 2011
sebuah radio usang
berdengung tanpa makna
bisik-bisik yang tenggelam
antara teriak yang aneh
mencari
...
seputar dua lagu
yang lesu dan nostalgia
di antara ruang yang senyap
dan bermimpi.
barangkali,
terlalu ramai yang meraung
mencari hikmah tuhan.
2 Jun 2011
Wednesday, June 1, 2011
Setahun 3
di bangku itu
hanyalah kenangan
yang menyepi
dalam serba keindahan.
berbisik namaku
dan, berlalu pergi
tanpa ucapan.
21 Mei 2011
hanyalah kenangan
yang menyepi
dalam serba keindahan.
berbisik namaku
dan, berlalu pergi
tanpa ucapan.
21 Mei 2011
Monday, May 30, 2011
Daerah Pasir
Di atas daerah pasir
kita menanam mimpi
kasar.
Bermain-main
tak ingin tua
atau singa yang
sentiasa sendawa.
Tanah debu pun
akan ku nikmati
seperti bidadari
dari.
8 Mei 2011
kita menanam mimpi
kasar.
Bermain-main
tak ingin tua
atau singa yang
sentiasa sendawa.
Tanah debu pun
akan ku nikmati
seperti bidadari
dari.
8 Mei 2011
Sunday, May 29, 2011
Wednesday, May 25, 2011
Setahun 5
wujud dalam mimpi
menebarkan senyum
yang paling tabah.
biarlah dalam kebisuan
terkumpul sejuta makna
kemesraan.
masih terus mentafsir
suara-suara serak
yang sekian lama
tidak bersuara.
21 Mei 2011
menebarkan senyum
yang paling tabah.
biarlah dalam kebisuan
terkumpul sejuta makna
kemesraan.
masih terus mentafsir
suara-suara serak
yang sekian lama
tidak bersuara.
21 Mei 2011
Tuesday, May 24, 2011
Sungai Jingga
hari-hari terakhir
di sungai jingga
perahu berlubang
tersadai sepi.
wujudkan warna terindah
terlalu syahdu
dari hati yang seni.
tak ingin geletar
dan ghairah
biar hanyut
dengan sunyi.
23 Mei 2011
di sungai jingga
perahu berlubang
tersadai sepi.
wujudkan warna terindah
terlalu syahdu
dari hati yang seni.
tak ingin geletar
dan ghairah
biar hanyut
dengan sunyi.
23 Mei 2011
Saturday, May 21, 2011
Thursday, May 19, 2011
Wednesday, May 18, 2011
Tuesday, May 17, 2011
Tak Mampu
tak usah dikarang
jika jiwa tak lagi bergetar
atau syahdu yang dalam.
biarkan sampan hanyut
mencari pulau yang sepi.
tiba musim berdarah;
sungai lesu
pergunungan sunyi
pondok usang
dan buku puisi.
17 MEI 2011
_____________________________________________
*sulit untuk dikata; kira-kiranya aku menjadi terlalu lesu untuk membaca dan menulis. suatu kesengsaraan baru.

Thursday, May 5, 2011
Hati Kecil & Besar
Hati kecil
Adalah bisikan
malaikat yang mulus
Hati besar
Adalah laungan
nafsu yang tandus
2009
Adalah bisikan
malaikat yang mulus
Hati besar
Adalah laungan
nafsu yang tandus
2009
Tuesday, May 3, 2011
Di Awal September
Ku kirimkan kau seutas jam, 'Tentang Cinta', dan kabus.
Moga kabus yang tak memudar.
Atau lengang.
5 April 2011
Moga kabus yang tak memudar.
Atau lengang.
5 April 2011
Melankolis
Bulan sugul
melankolis seekor lelaki
meraung
raung
Payah.
Mencakar-cakar tanah
kering dan kontang.
Jiwa kontang impian.
Sungai pemimpi hidup
hitam dan kusam.
Air berlendir
lendir lesu.
Dinding hati kehitaman
merekah-rekah
pekat dan kering.
Tak ingin lagi
wujud di bumi.
Bulan terlalu sugul
Kayangan malam kosong
Melankolis
Seekor
Lelaki.
15 Mac 2011
melankolis seekor lelaki
meraung
raung
Payah.
Mencakar-cakar tanah
kering dan kontang.
Jiwa kontang impian.
Sungai pemimpi hidup
hitam dan kusam.
Air berlendir
lendir lesu.
Dinding hati kehitaman
merekah-rekah
pekat dan kering.
Tak ingin lagi
wujud di bumi.
Bulan terlalu sugul
Kayangan malam kosong
Melankolis
Seekor
Lelaki.
15 Mac 2011
Saturday, March 19, 2011
Teman
bisik perlahan
di kota sepi
bertanya:
“kau bahagia, atau tidak sebenarnya…”
dirasakan khayalan kian panjang
di kota sepi ini.
19 Mac 2011
_____________________________________________
*jika saja di 'kota sepi', kau akan lebih mengerti kebahagiaan tulen.

Thursday, March 17, 2011
Putih
Bertitis-titis cahaya
antara putih
dan putih.
Angkasa nan sepi
payung hanyut
laut tak beriak.
keputihan apa?
sebenar?
17 Mac 2011
antara putih
dan putih.
Angkasa nan sepi
payung hanyut
laut tak beriak.
keputihan apa?
sebenar?
17 Mac 2011
Wednesday, March 16, 2011
Resap
Tika senja putih
resaplah
Ke diriku.
Dengan
Senyap
Dengan
Sunyi.
Kita hanya.
15 Mac 2011
_____________________________________________
*Terilham dari bauran 'karya-karya' Nilgun Kara dan Martin Stranka. Kedua-duanya photographer yang unik dan sepi.

Dosa. Darah. Api.
Tuhan.
Sucikan keping tubuh ku kurus
moga terkupas kudis-kudis dosa
selamanya. tak hanyir dan menanah.
Dosa-dosa ini penuh kejinggaan
terang dan sulit.
Aku berdarah, Tuhan.
Luka ini menyeksa.
Belum apimu yang menyala-nyala.
Apimu menggulung-gulung
meraung-raung
melenyapkan keinsanan.
Angkuh.
Tuhan.
Sucikan.
15 Mac 2011
_____________________________________________
*mencari denyut 'sufisme' dan mistik

Tuesday, March 15, 2011
Keasingan
Hidup ini keasingan.
Jiwa yang meraung-raung
hiba.
Hari-hari mendatang
dinyalakan impian sepi.
Kata-kata harapan
hanyalah pelarian dari kenyataan.
Dipancarkan senyum.
Tapi batin.
15 Mac 2011
_____________________________________________
*Demikian manusia moden yang 'hilang' dalam pencarian diri. Aku terutama.

Pulang Kakanda Bulan
Berdarah ku tunggu kepulanganmu
Rindu pekat dan memekat
Melukis merah malam
nanti kaupulang.
Kakanda di balik bulan
Aku tunggu setia.
Kakanda di balik bulan
Ku tunggu rela.
Biar dikutuk waktu.
Pulanglah,kakanda bulan.
Pulanglah...
18 Feb 2011
_____________________________________________
*'penjelmaan kata' yang,barangkali, tak terlalu menitik dan mengalir seiring soundtrack space gambus experiment (SGE).

Hutan Berlambang
"Maka sebab itu saya mempercayai bahawa kehidupan lebih banyak dipenuhi oleh impian-impian sepi, visi-visi yang tunggang-balik, ilusi-ilusi yang menakutkan. Hidup harus dihadapi dengan penuh tangisan dan penuh sesalan. Juga dengan penuh rela"
Suhaimi Haji Muhammad
Suhaimi Haji Muhammad
Saturday, March 12, 2011
Pramoedya Ananta Toer
Tawanya aneh
senyapnya terluka
bicaranya seni.
Sering ia bertanya;
Mana angkatan muda?
Mana...?
16 Januari 2011
_____________________________________________
*terlalu geram dan membara; masih tak dapat 'bertemu' dengan karya-karyanya.

Gambus Luka
Berdentinglah setiap kenangan
halus mengusap lorong hati
Suara jiwa terlalu garau
berselang-seli; air hiba
dihimpit kenyit mata
dan mimpi purba.
Bagai gambus yang luka;
Berdenting-denting
melesukan tiap kenangan.
11 Mac 2011
_____________________________________________
*penterjemahan 'rasa' dari dentingan mounir bashir

Thursday, March 10, 2011
Raung
Tuhan
aku datang
meraung.
Dosa lama
mengambang
di celah gerhana.
Lampu kusam
malam jumaat;
Ku pohon rahmat.
10 Mac 2011
_____________________________________________
*jumaat pagi: al-kahfi!
aku datang
meraung.
Dosa lama
mengambang
di celah gerhana.
Lampu kusam
malam jumaat;
Ku pohon rahmat.
10 Mac 2011
_____________________________________________
*jumaat pagi: al-kahfi!
Lelaki Kekalahan
Malam tak berbulan
disisi jendela
dan kucing terluka.
Air mata menitis-nitis
ke hatinya.
Kalbu yang tergilis
Merintih-rintih di kertas puisi.
Di antara kata yang luka
dan diam yang rahsia;
sukar dikesan hikmahnya peristiwa.
Sekali kucing menguap
sekali langsir tersingkap;
bergulung-gulung angin derita
berdengung-dengung pekat rahsia
bergaung dan meraung; ke lorong pilu.
Malam tak berbulan
disisi jendela
dan kucing, kini sudah tiada.
10 Mac 2011
_____________________________________________
*khayalan semata-mata. termungkin oleh simbol-simbol yang berbaur dan dingin.

Friday, March 4, 2011
.............
Letakkan kedewasaan
dalam kotak rahsia
Kerana kedewasaan
tak pernah berkata.
Tiba saat bulan memutih
bisiklah:
Aku harus dewasa!
(dengan nada perlahan..)
Sungguh, manusia
tak pernah dewasa.
4 Mac 2011
dalam kotak rahsia
Kerana kedewasaan
tak pernah berkata.
Tiba saat bulan memutih
bisiklah:
Aku harus dewasa!
(dengan nada perlahan..)
Sungguh, manusia
tak pernah dewasa.
4 Mac 2011
TQ Allah. TQ Kawan.
Jumaat ketiga di Malaysia. Pagi terlalu hening. Terlalu bening. Tidak ada apa-apa yang menarik untuk dijadikan latar. Cukuplah gambaran sebuah kipas berdiri yang didekatkan ke muka, ke seluruh badan untuk menambah pekat-pekat ngantuk dan lesu.
Kepala kian berat. Berpinar-pinar. Dalam kesamaran dan kekaburan antara dunia sedar dan khayal, aku semacam terdengar deruman motor melewati pagar rumah.
Posmen!!
Ah! Aku terkejar-kejar ke luar. Jantung menggigil aneh. Menjenguk-jenguk dari pintu kaca, aku lihat jiran sebelah yang baru pulang dari entah berantah. Lesu. Bumi kurasa tak lagi berjejak.
Kembali dalam pembaringan. Melayan-layan daerah khayal ku, yang antara sedar, berbaur dengan beberapa perisitwa dan tragedi yang sukar dikesan jejak awalnya. Ya. Minggu ini aku sering tercalar. Barangkali, kenangan-kenangan lebih menderitakan. Dan, dalam detik yang sama, kenangan jualah yang indah memujuk.
Mata kupaku ke siling. Antara hitam dan putih; Antara realiti dan mimpi; Antara sedar dan pudar; Antara…….
Pinnnnnn!! (oh teruknya bunyi hon!)
Segar! Debar!! Dengan kekuatan aneh yang turun dari siling; sempat menghempas lantai; dan laju melantun, meresap ke seluruh nadi tubuh, aku meloncat dari sofa lembut terus ke pintu kaca.
Ya, abang posmen!
“tanda tangan, bang”
Teruja.
“Cantik bungkusan, bang”
Tak. Posmen tu tak pernah cakap macam tu.
Dan……
ubat mujarab!
er...aku pesan kaspersky ke..?
Seperti yang dijangka! Himpunan esei-esei pilihan pak samad yang terpilih.
Juta-jutaan terima kasih tak terhingga aku ucapkan untuk.....eh, nanti.... Ke...kenapa ada satu lagi buku dalam plastik ni...? (perlahan-lahan ditarik keluar dari bungkusan)
!!!!!!!
Ah! Bukan unsur-unsur saspen dan klimaks ni cuma ada dalam filem-filem dalam tv saja?? Ini....'Ranjau Sepanjang Jalan', masterpiece Shahnon Ahmad..... Fuhh! Menggeletar kalbu! Tak...tak tau lagi nak kata apa..
.....................................................................................................................................................
(titik yang panjang dan bisu ini adalah ucapan terima kasih tak terhingga buat anda, yang berlelah-lelah, menghabiskan masa, untuk memesan, dan menghantar—juga menghadiahkan— buku-buku ini. Saya, memang tak reti nak kata apa. Terima kasih!)
_____________________________________________
*cukup menyampah nak buat entri bergambar. tapi, ni benar-benar nak tunjuk tanda keterujaan yang bersangatan hehe. kira kes berkecuali lah*

Subscribe to:
Comments (Atom)