Kepala kian berat. Berpinar-pinar. Dalam kesamaran dan kekaburan antara dunia sedar dan khayal, aku semacam terdengar deruman motor melewati pagar rumah.
Posmen!!
Ah! Aku terkejar-kejar ke luar. Jantung menggigil aneh. Menjenguk-jenguk dari pintu kaca, aku lihat jiran sebelah yang baru pulang dari entah berantah. Lesu. Bumi kurasa tak lagi berjejak.
Kembali dalam pembaringan. Melayan-layan daerah khayal ku, yang antara sedar, berbaur dengan beberapa perisitwa dan tragedi yang sukar dikesan jejak awalnya. Ya. Minggu ini aku sering tercalar. Barangkali, kenangan-kenangan lebih menderitakan. Dan, dalam detik yang sama, kenangan jualah yang indah memujuk.
Mata kupaku ke siling. Antara hitam dan putih; Antara realiti dan mimpi; Antara sedar dan pudar; Antara…….
Pinnnnnn!! (oh teruknya bunyi hon!)
Segar! Debar!! Dengan kekuatan aneh yang turun dari siling; sempat menghempas lantai; dan laju melantun, meresap ke seluruh nadi tubuh, aku meloncat dari sofa lembut terus ke pintu kaca.
Ya, abang posmen!
“tanda tangan, bang”
Teruja.
“Cantik bungkusan, bang”
Tak. Posmen tu tak pernah cakap macam tu.
Dan……
Juta-jutaan terima kasih tak terhingga aku ucapkan untuk.....eh, nanti.... Ke...kenapa ada satu lagi buku dalam plastik ni...? (perlahan-lahan ditarik keluar dari bungkusan)
!!!!!!!
Ah! Bukan unsur-unsur saspen dan klimaks ni cuma ada dalam filem-filem dalam tv saja?? Ini....'Ranjau Sepanjang Jalan', masterpiece Shahnon Ahmad..... Fuhh! Menggeletar kalbu! Tak...tak tau lagi nak kata apa..
.....................................................................................................................................................
(titik yang panjang dan bisu ini adalah ucapan terima kasih tak terhingga buat anda, yang berlelah-lelah, menghabiskan masa, untuk memesan, dan menghantar—juga menghadiahkan— buku-buku ini. Saya, memang tak reti nak kata apa. Terima kasih!)
_____________________________________________
*cukup menyampah nak buat entri bergambar. tapi, ni benar-benar nak tunjuk tanda keterujaan yang bersangatan hehe. kira kes berkecuali lah*
xdek masalah. kawan kan.(hehe tak sangka ada gak entri untuk aku) =p
ReplyDelete*kerana aku yakin ada doa untukku.
heheh. doakan je lah semoga Allah mudahkan urusan saya dan 'itu'.keh3
kotak kaspersky tu.nak balik!! haha buruk siku. takdekla sebenarnya nak mintak tolong buang. =')
(banyak dah kotak kat bilik ni) hehe.
ReplyDeleteselamat menghadamkan buku-buku.
selamat kembali ke mesir.
dan ehem selamat membuat pembayaran. hehe.
selamatlah belakanya.:)
ok nanti esok koi pos lajukan kotak tu
ReplyDeletep/s: nak tunjuk dia pakai kaspersky je tu
haha. tau takpe. promote baik punya. gunalah kaspersky. =)
ReplyDeleteeh kalau nak pos laju kotak. kotak je ke? hari tu kata nak bagi piramid, kan. wahaha.
duit pun tak serah lagi. mimpi-mimpi nak bagi piramid haha
ReplyDeleteok deal. ni kira bila dah serah duit. bolehla dapat piramid eh. nak piramid kufu okeh. :')
ReplyDeletepentagon pun aku kasi!
ReplyDeleteaku nak mesir je. lalala~
ReplyDeletep/s: dalam banyak-banyak entri kat perindu senja.yang ni jela aku benar-benar paham. haha. :p
takdek dah berkias-kias. direct!
hahaha mesti tak pernah dengar; dalam sikap terus terang itu sebenarnya lebih banyak kiasan bersembunyi!
ReplyDeletepernah. tapi tak pernah (cuba atau diberi peluang) untuk faham :)
ReplyDelete