Sunday, July 31, 2011

Tewas


Tewas

jika aku yang
bakal kecundang

maka jauhilah.

aku jantung pecah
rekah.

tenggelam
dalam.

27 Julai 2011

Friday, July 29, 2011

3-Iron


3-Iron

tikam aku
agar terus mimpi

pecah realiti.
aku bumi putih
angkasa bersih.

dan mimpi.
aku sungai jingga
senja rahsia.

29 Julai 2011

Ramadhan

Poetry

aku bukan penyair.
aku bangkai hanyir.

15 Julai 2011

Wednesday, July 27, 2011

Setahun 2

























Setahun 2

letih;
kau muncul lagi
dalam mimpi.

21 Mei 2011

Sebelum Terlena 2

aku ini
dosa pekat.

dosa yang
membeku
cahaya.

tuhan
aku lelah
parah.

rindu
wangi
kasihMu.

26 Julai 2011

Tuesday, July 26, 2011

Di Baris Puisi

di baris puisi
aku bercinta.

sungai jingga
dunia putih
kucing luka
mimpi aneh.

18 Julai 2011

Albert Einstein

"...dan akhirnya, Einstein yakin bahawa benda paling indah yang boleh dihayati manusia ialah sesuatu yang penuh rahsia yang misteri"



Antara Bulan dan Wira,
A Samad Said
.

Sebelum Terlena

Tuhan
aku
ingin
sunyi.

dalam
tangis
dalam
rintih.

26 Julai 2011

Monday, July 25, 2011

Perhentian

perhentian ini
kian sunyi.

tak ada jiwa
yang mengharap.
puisi-puisi malap
terlukis di jalan kecil.
menuju
perjalanan
sia-sia.

25 Julai 2011

Saturday, July 23, 2011

Pemuisi Mati



Pemuisi Mati

maaf.
suaraku
hanya serak
yang gelap.
hanya puisi
yang mati.

23 Julai 2011

Tuesday, July 19, 2011

Abu dan Salju


Abu dan Salju

di luar tingkap
tergaris kesenyapan
abadi.

kesabaran
membeku masa
abu dan salju.

lalu menitis
kedamaian
yang sunyi.

19 Julai 2011

Monday, July 18, 2011

Jiwa Atas Rel


jumpa kau
separuh jiwa.

separuh lagi
di atas rel.

menanti keretapi.

18 Julai 2011

Kayangan Putih


takkan lelah
memburu mimpi
di kayangan putih.

sungai susu
gunung salji
angkasa sunyi

hidup tak mati.

18 Julai 2011

Friday, July 15, 2011

Pagi Jumaat

cinta
bergetar
sebelum
fajar.

15 Julai 2011

Rindu

di ruang yang lengang
kau cuba meraung
tapi terlalu diam.

alangkah,
jika kau tahu
ianya keindahan.

15 Julai 2011

Wednesday, July 13, 2011

Kuning

berjalan bersama
pejuang yang luka
buat kau lelah
merasai kisah anehnya.

ia senyum
tapi menghiris.
ia raung
tapi manis.

13 Julai 2011



Sunday, July 10, 2011

BERSIH 2.0

ada suara;
cantas
ada rakyat;
libas
ada BERSIH:
cemas
ada POLIS;
hampas!

10 Julai 2011

Tuesday, July 5, 2011

Realiti Anak Muda

kekalahan
tumbuh secara sepi.

24 Mei 2011

Petang

angin kencang
di beranda
hingga terlucut
sebuah buku
dari tingkat lima





ke atas tar.


tak bernyawa
biar masih tinggal
sehari.
dua.

5 Julai 2011