Tuesday, January 28, 2014

KERANA ENGKAU

aku ubahkan diriku
menjadi garis-garis kasar
yang tersilau di dalamnya
warna-warna kenangan
simbahan liar jingga
bercampur cinta.

telah aku ubahkan diriku
menjadi kecamukan warna
yang sukar untuk dikenal lagi.

21 Januari 2014

SYITA' VI

waktu pun menyihir
membikin gerabak sunyi.


MANTAN III

ada yang disenyapkan
oleh malam.
keping-keping kenangan
bergelimpangan lesu
dibawah bantal pelamin.

Wednesday, January 15, 2014

AGAMA CINTA

tak ingin kuberpaling
menjejak kepalsuan semalam
dalam kisah panjangku
adalah cinta yang diagamakan
bukannya agama untuk cinta.

Januari 2014

Thursday, January 2, 2014

INSOMNIA

ada yang saling menjerut leher
demi membukti kecintaan.

hujan dan hujan
membangkit berahi aneh

demi mencapai seni.

28 Oktober 2013