Tuesday, April 21, 2015

Wanita Pengkejut

selamat mengarang,
wanita pengkejut
dan janganlah nanti kau
beraneh-anehan lagi
demi mengejut kelakianku.

kegusaranku,
adalah sunyi yang dirampas
oleh sabda-sabda agama.
tuhan tak merampas cinta
tuhanlah sang pencinta
menyebar cinta kepada manusia.

jika, akulah
yang bakal kau karang
tentang cinta dan benci
tentang  rindu dan berahi
tulismu,
wanita pengkejut
adalah penyubur kelakianku.

Jun 2014

Monday, April 20, 2015

Sejarah Pencinta

apa aku peduli
kalau kau mengecualikan
aku dalam mimpi
kalaupun aku datang
dengan wajah yang paling hiba
dengan sejarah yang paling luka.

kerana engkau tetaplah jua mimpi
dan aku tetaplah aku
pecundang di kala sunyi.

April 2015

Wednesday, February 25, 2015

Cinta Sehari

dalam fantasiku
hanyalah sehari dalam setahun
untuk kita berbual dan bercintaan

dan bakinya
adalah guna kita merindu
hari yang satu itu.

Feb 2015