dan aku terus mengecil
di pekan Damietta
menyaksikan yang datang dan berlalu.
pemimpi lama dan syahdu
setiap mereka yang pergi
akan aku bisikkan
dengan sihir kenangan.
23 November 2013
Saturday, November 23, 2013
SYITA' V
tidurlah kotaku
moga siang kita sunyi
keramaian
dan perkahwinan
akan kita membenci
tulus hati.
nyenyaklah kotaku
moga tak bangun lagi.
23 November 2013
moga siang kita sunyi
keramaian
dan perkahwinan
akan kita membenci
tulus hati.
nyenyaklah kotaku
moga tak bangun lagi.
23 November 2013
Monday, October 28, 2013
MANTAN II
MANTAN II
ku kembalikan sajak-sajakku
dan payung usang
agar tak ketemu lagi
di tebing mimpi.
28 Oktober 2013
Monday, October 7, 2013
Sembilan Belas
seminggu atau dua
dikesan isyarat aneh.
bunga-bunga mengembang liar;
mengharum di dada Atiqah.
pernahkah kita bersapa?
ah, barangkali terlalu lekas
tapi aku sudah penat merindu.
Februari
dikesan isyarat aneh.
bunga-bunga mengembang liar;
mengharum di dada Atiqah.
pernahkah kita bersapa?
ah, barangkali terlalu lekas
tapi aku sudah penat merindu.
Februari
Thursday, August 1, 2013
UJUNG REMAJA
betapa aku ingin menyesal
di suatu penjuru
sebelum ke lorong dewasa.
namun sepertinya
tidak pernah terwujud
sesalan yang benar.
ataukah, memangnya
aku tidak pernah berdosa?
30 Julai 2013.
di suatu penjuru
sebelum ke lorong dewasa.
namun sepertinya
tidak pernah terwujud
sesalan yang benar.
ataukah, memangnya
aku tidak pernah berdosa?
30 Julai 2013.
Tuesday, July 30, 2013
MANTAN
engkau pun lenyap
dan cahaya mula mencair
dan memutih di jalan sunyi.
putih seputih putihnya.
lesu selesu lesunya.
menunggu penciptaan
engkau kembali.
29 Julai 2013
dan cahaya mula mencair
dan memutih di jalan sunyi.
putih seputih putihnya.
lesu selesu lesunya.
menunggu penciptaan
engkau kembali.
29 Julai 2013
Monday, July 29, 2013
PADANG RAYA
datanglah
telah lama kami menanti
di padang raya ini.
tiada darah
dan kesakitan.
hanya dekah ketawa
yang buntu
mengejek-ejek
derita semalam
yang masih
tak terpecahkan.
29 Julai 2013
telah lama kami menanti
di padang raya ini.
tiada darah
dan kesakitan.
hanya dekah ketawa
yang buntu
mengejek-ejek
derita semalam
yang masih
tak terpecahkan.
29 Julai 2013
Friday, July 26, 2013
PETANDA
pemuda lalu.
benderang cahaya
hanya gadis melihatnya.
disenyapkan.
tapi ada bisiknya.
digelapkan.
tapi ada samarnya.
antara kunci
dan lagu klasik,
sempat ditandakan
penuhnya cinta.
gadis lalu.
balam-balam rahsia
kini pemuda melihatnya.
16 MAC 2013
benderang cahaya
hanya gadis melihatnya.
disenyapkan.
tapi ada bisiknya.
digelapkan.
tapi ada samarnya.
antara kunci
dan lagu klasik,
sempat ditandakan
penuhnya cinta.
gadis lalu.
balam-balam rahsia
kini pemuda melihatnya.
16 MAC 2013
Monday, June 17, 2013
AHWAK
sebelum sampai suamimu
izinlah kumenyintai
biar yang sebentar
barang dua tiga detik.
17 Jun 2013
izinlah kumenyintai
biar yang sebentar
barang dua tiga detik.
17 Jun 2013
KOTA HUJAN IV
pekan ku lencun.
lopak-lopak air
menakung sunyi
di jalan kota.
membasuh sisa-sisa remaja.
17 Jun 2013
lopak-lopak air
menakung sunyi
di jalan kota.
membasuh sisa-sisa remaja.
17 Jun 2013
Saturday, June 8, 2013
BINATANG BUAS
terlalu banyak binatang buas
yang berkeliaran petang ini.
bikin aku termengah berlari
demi mengejar kesenian dan kepuasan
di celah lalang-lalang yang panjang dan sunyi.
sehingga satu ketika, kulihat
mata-mata mereka yang mengantuk
di bucu-bucu padang yang disimbah langit senja.
8 Jun 2013
yang berkeliaran petang ini.
bikin aku termengah berlari
demi mengejar kesenian dan kepuasan
di celah lalang-lalang yang panjang dan sunyi.
sehingga satu ketika, kulihat
mata-mata mereka yang mengantuk
di bucu-bucu padang yang disimbah langit senja.
8 Jun 2013
Monday, May 20, 2013
KOTA HUJAN I
angkasa pilu
di kota hujan
budak kecil
basah kuyup
setiap rintik
raung sunyi
cecah senja
nan abadi.
23 Mac 2013
KOTA HUJAN III
ku serah diri
kepada hujan.
kepada rintiknya.
kepada sunyinya.
kepada beningnya
23 Mac 2013
KEPADA PEMIMPIN TUA
kepada pemimpin tua
lepaskan pemikiran
kami ingin terbang
menjelajah sepuasnya
biar kami tak berakar
sekadar benih yang melayang
dan tak kenal erti hidup.
19 Mei 2013
Wednesday, May 15, 2013
Monday, April 29, 2013
DUA JALAN
semalam
jalan hijau
basah segar.
hari ini
jalan kuning
tandus kering.
semalam
hujan lesu
hari ini
dingin baru.
25 November 2010
jalan hijau
basah segar.
hari ini
jalan kuning
tandus kering.
semalam
hujan lesu
hari ini
dingin baru.
25 November 2010
Thursday, April 18, 2013
MANUSIA PENCARI SENI
Angkasa berasap
di ruang kamar.
manusia mati
pencari seni.
dadah
foto
dan cinta
demi seni.
18 April 2013
di ruang kamar.
manusia mati
pencari seni.
dadah
foto
dan cinta
demi seni.
18 April 2013
KAMAR GELAP
telah gelap kamar
untuk mimpi lama.
hanya sedar tika senja
dan terus bernyawa
di sisi warna suram yang hiba.
maka gelaplah
gelaplah kamarnya
jangan biar bercahaya.
18 April 2013
Monday, April 15, 2013
Saturday, March 23, 2013
Kota Hujan II
hujan pun gugur
kerana terlalu sunyi.
kerana pendosa
yang tak temu apa-apa
pada makna hidupnya.
hujan terus gugur
tak henti.
23 Mac 2013
kerana terlalu sunyi.
kerana pendosa
yang tak temu apa-apa
pada makna hidupnya.
hujan terus gugur
tak henti.
23 Mac 2013
Sunday, March 10, 2013
PUISI MALAM KENANGAN
bersayu-sayu takbir raya
ketika malam puaka
di sisi kucing
dan mimpi desa.
pendiam.
'rindu siapa?'
tanya ia.
mendalam.
10 Mac 2013
ketika malam puaka
di sisi kucing
dan mimpi desa.
pendiam.
'rindu siapa?'
tanya ia.
mendalam.
10 Mac 2013
Tuesday, February 26, 2013
Wednesday, February 20, 2013
KAMI BERTIGA
malam ini kami betiga.
dua sedang berbual tentang hati
seorang asyik mengira bintang.
anehnya, kami bertiga ini lelaki.
Ogos 2012
dua sedang berbual tentang hati
seorang asyik mengira bintang.
anehnya, kami bertiga ini lelaki.
Ogos 2012
Tuesday, February 19, 2013
Hati Rindu
"..hatilah rindu, hati rindu tak boleh nak kirim.
Hendak dikirim, hendak dikirim,
bukannya barang.."
-A.Rahman
Monday, February 18, 2013
Sunday, February 17, 2013
Saturday, February 16, 2013
Friday, January 25, 2013
Kenapa Manusia Berperang
adilkah
kedamaian milik kita
sedang saudara sengsara?
apa saja dayaku.
hanya mengeluh
di depan skrin.
ihzimhum!
25 JANUARI 2013
kedamaian milik kita
sedang saudara sengsara?
apa saja dayaku.
hanya mengeluh
di depan skrin.
ihzimhum!
25 JANUARI 2013
Friday, January 4, 2013
Subscribe to:
Comments (Atom)






