Tuesday, July 5, 2011

Petang

angin kencang
di beranda
hingga terlucut
sebuah buku
dari tingkat lima





ke atas tar.


tak bernyawa
biar masih tinggal
sehari.
dua.

5 Julai 2011

Thursday, June 30, 2011

Bunda

telah terbunuh
di bilik putih

oleh pisau
yang merindu

peluh kasih
bunda.

29 Jun 2011
manis
manis
bahasa
tulis

silap
silap
jadi
kudis

Sunday, June 26, 2011

Ayah

masih
berpesan
dengan
membisu.

hingga
cecah
air mata
ke hati.

17 Jun 2011