"biar aku menangis
kerana julai
tiada lagi."
sepi bagai bulan
mengalirkan cahaya
ke lorong kecil.
setiap bebayang
menumbuhkan garis
-garis kesuraman.
di lorong kecil
ia menangis.
Thursday, January 19, 2012
Isle 2
(i)
syahdu mengalir
dari tasik.
Terhimpun
dua tiga kata
menjadi jerit
yang rahsia.
hutan meliar
di tebing.
Menyembunyi
cinta-cinta
sunyi.
(ii)
Keindahan
adalah ufuk senja
bersama helang
yang tergesa-gesa
melanggar tasik
hening.
(iii)
terkacau
membeku.
syahdu mengalir
dari tasik.
Terhimpun
dua tiga kata
menjadi jerit
yang rahsia.
hutan meliar
di tebing.
Menyembunyi
cinta-cinta
sunyi.
(ii)
Keindahan
adalah ufuk senja
bersama helang
yang tergesa-gesa
melanggar tasik
hening.
(iii)
terkacau
membeku.
Isle
di tasik ini
cinta tumbuh.
dalam dan ngeri.
Kekasih berdarah
dalam cumbu
yang indah.
hingga berakhir
segala kerinduan.
tersadai
bersama
carik-carik puisi.
25 Julai 2011
cinta tumbuh.
dalam dan ngeri.
Kekasih berdarah
dalam cumbu
yang indah.
hingga berakhir
segala kerinduan.
tersadai
bersama
carik-carik puisi.
25 Julai 2011
Hwal
rindu sangat penat
cinta sangat sulit.
memekik
menjerit
di kamar kuning
atas kapal retak.
salam rindu
salam cinta
dari gadis kecil
ke orang tua.
29 Julai 2011
cinta sangat sulit.
memekik
menjerit
di kamar kuning
atas kapal retak.
salam rindu
salam cinta
dari gadis kecil
ke orang tua.
29 Julai 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)