Thursday, January 19, 2012

Puisi Kuburan

malam lusuh
langit keruh
benci kukuh
aku bunuh.

di kuburan kenang.
di kuburan kenang.

23 Oktober 2011

Merah dan Hitam

tenggelam
sejuk
ke kolam
darah.

sayap patah.
hati patah.
cinta patah.

23 Oktober 2011

Akhir 2

aku datang kini.
telanjang.

melepas
kepekatan
dosa.

aku gerah
ingin selari-lari
langkahi neraka.

7 Oktober 2011

Sebelum Terlena 3

malam tak pernah meraung
dan cinta tak pernah hilang.

Kekasih bersua di sepertiga
berdua, melepas lepas rindu.

antara tangis dan esak


27 Julai 2011