Sunday, July 8, 2012

BERTANG

siapa peduli kalau ini negeri
aku tak pernah sunyi
dan kampung mati

air mata menitik ke tangga kayu
aku masih kecil
demi menyerap keasingan

senja mencengkam
menenggelamkan sepi kanak-kanak

6 Julai 2012

Thursday, July 5, 2012

INGIN JADI KANAK-KANAK

mereka bertanya: siapa yang terasing
di penjuru sepi menekan-nekan

dia menjauh; tak lagi dewasa.

12 Jun 2012

Wednesday, July 4, 2012

ISLE 5

Isle 5

cemburu memekat
meresap seluruh tasik
membunuh.

tidak aku
tidak mereka.

hanya kamar
yang menguning.
hanya kamar
yang membunuh.

26 Mei 2012

ISLE 4

Isle 4

ia berdarah.
lama membisu.
dan tasik kaku.

tinggal kita.
aku dan bangkai.
berbaring di lantai.

26 Mei 2012