Wednesday, February 25, 2015

Cinta Sehari

dalam fantasiku
hanyalah sehari dalam setahun
untuk kita berbual dan bercintaan

dan bakinya
adalah guna kita merindu
hari yang satu itu.

Feb 2015

Tuesday, December 2, 2014

Demi Memahami Mu.

kubakar tubuhmu
hingga ia mencair
dan kuterjun
dan kurenang
dalam cairan jiwamu
hingga mencecah ke dasar
dan ditelan abadi.

Disember 2014

Monday, November 10, 2014

Mantan IV

perempuan
pengkejut
yang tiada
kukenang.

Sept 2014

Apalah Dicari Kebenaran.

kebenaran gunanya sekadar untuk mengisi
atau membunuh masa lapang.

tak lebih.